Tuesday, December 18, 2007

Amateur Radio Yaesu FT897 Transceiver +Tuner+DSP+Power Supply untuk dijual


For sale Amateur Radio HF all Band All Mode TransceiverYaesu FT897 keadaan terbaik seperti baru.

Complete set dengan antenna tuner untuk base station, antenna tuner untuk mobile, power supply internal, DSP, SSB+CW Filter, 2 Bateri!! dan optional antenna dipole Diamond 1.8mhz ke 32Mhz. Set lengkat untuk Field day, outdoor atau Dxing untuk Amateur Radio.

Senarai item:
1) Yaesu FT897 All Band All Mode
http://www.universal-radio.com/catalog/hamhf/1897ops.html
2) Power Supply (Khas untuk FT897 internal)20Watt FP30
http://www.universal-radio.com/catalog/hamhf/45431897.html
3) 2 Batteri Original FNB-78
http://www.universal-radio.com/catalog/hamhf/45421897.html
4) FC 30 Antenna tuner For Base Station
http://www.universal-radio.com/catalog/hamhf/45401897.html
5) FC 40 Antenna tuner For Mobile
http://www.universal-radio.com/catalog/hamhf/06431897.html
6) Collin SSB Filter YF-122S
7) Collin CW Filter YF-122C8)

8) Dan Antenna Stack Dipole Diamond New 6 Band 1.8-32Mhz 120' RM800

Semua dijual secara one set kecuali antenna dijual berasingan. Harga RM5650 (Boleh kurang lagi). Hanya pada untuk Radio Amatur berlesen dengan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia sahaja.

Berminat? hubungi saya anacoz85(a)yahoo.com Cepat!! tawaran termurah dengan pakej yang paling lengkap!

Sunday, December 9, 2007

Alternatif URL Blog Flea Market

Asalamuaalaikum kepada semua rakan-rakan kini url blog flea market boleh juga di access dengan url berikut http://fleamarket.mares.org.my . Ini bagi memudahkan rakan-rakan untuk menghafal alamat web blog flea market. Sila sebarkan kepada rakan-rakan yang lain bagi manfaat bersama. Kerjasama anda amat dihargai.

Friday, November 30, 2007

Tawaran promosi!!

Dimaklumkan tawaran menarik ICOM IC2200 untuk warga radio amatur berlesen hanya RM5XX!! Set baru dan menawan!
Cepat.. unit terhad, datanglah beramai-ramai ke flea market pada 2 Dec ini ke kedai Abang Nazri.

Monday, November 26, 2007

Power Supply untuk Radio anda

Mencari power supply untuk radio anda di rumah?


Dapatkan di Pasar lambak pada 2 Disember 2007 ini di dataran Kelab Mares. Gerai Abang Lokman.

Jumpa disana!!!

CI-V Interface Untuk Yaesu/Icom/Kenwood

Datanglah beramai-ramai memeriahkan Flea Market pada 2 Dismber ini.

Terdapat kaunter khidmat nasihat bagi rakan-rakan radio yang ingin mempelajari menggunakan mode digital seperti SSTV, RTTY, PSK31, Amtor, Packtor, Echolink, CQ100, Radio Packet dan banyak lagi.

Juga dimaklumkan terdapat rakan yang ingin menjual Interface CI-V yang boleh diunakan untuk mengawal radio(yang menyokong fungsi CI-V) anda melalui komputer/laptop.

(gambaran sebenar mungkin berbeza-sumber laman S56AL)


Jadi jangan ketinggalan untuk hadir dan memeriahkan Flea Market nanti!!

P/S: Pihak Komuniti Flea Market masih membuka ruang untuk mana-mana rakan radio amatur yang ingin menjual barangan berkaitan radio amatur. Hubungi Mutallib atau Wan Fadhil dengan segera!! :)



Sunday, November 18, 2007

Barang-barang yang akan di jual pada Flea Market yang akan datang.....!

Ham23 (RM10)lain-lain cd1) CD Koleksi software untuk berkendali dalam modedigital2) CD untuk program radio icom, yaesu, motorola,kenwood3) CD pengiraan dan teori dalam radio amatur4) CD Practical wireless Online.CD Belajar CW (2CD)Boleh main terus dalam cd player kereta. Kelajuan12wpm dan kertas jawapan disertakan RM12.

Kit lengkap


Sambungan boleh dilakukan pada mana-mana modeltransceiver




SSTV, RTTY, PSK Interface to ICOM,Yaesu, Kenwood etc.Fully Isolated using transformer. Boleh digunakanuntuk Echolink dan perantara antara GPS dan PC** etc.RM55


The RSGB Handbook XXXmks RM10 versi UK


The Arrl handhbook XXXmks RM10 versi US

RF Eng. for wireless network (RM10)


Antenna and propagation (for ham radio) 300mks RM10


Buku A (Out og thin Air) Practical Publication-Terdapat lebih 30 (Antenna, SWR, Dummy load etc)projek homebrew secara detail 79mks RM22

Buku B (Line and wire) Practical WirelessPublication-Terdapat lebih 30 (Buat sendiri satellitedish, Yagi 24 Elemen, Loop antenna, Slim jim etc)projek homebrew secara detail 189mks RM26
Praktical antenna handbook RM10 shj (800mks)

Buku amateur radio for dummies RM10 shj (300mks)

Tuesday, October 30, 2007

Next Flea Market 2 Disember 2007...!!!

Kepada semua warga radio amatur pasar lambak yang akan datang adalah pada 2hb Disember 2007 iaitu pada hari Ahad minggu pertama bulan Disember ini. Pasar lambak radio amatur ini akan diadakan seperti biasa bertempat di tapak badminton kelab MARES. Semua rakan-rakan warga radio amatur dan juga orang awam adalah dijemput hadir ke pasar lambak tersebut.



Kepada rakan-rakan yang berminat untuk menjual pada flea market tersebut silalah menelefon saudara Fadil 9W2WF 013-6283407. Untuk pertanyaan boleh juga email di hamfleamarket@gmail.com .Sama sama kita memeriahkannya..... Macam-Macam ada .... klu tak percaya datang la nanti.... jumpa di sana....!!!

Friday, September 28, 2007

Majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim...

Satu majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim sungai besar akan di adakan seperti berikut:


Tarikh:30 September 2007
Tempat: Asrama Anak Yatim, Parit 1 Barat


Sumbangan juga boleh dibawa untuk di beri kepada anak-anak yatim tersebut. Sila rujuk website rasmi MARES untuk maklumat lanjut serta menghubungi rakan kita
HUSSAIRY 9W2VVH di no 019-2585759 atau email beliau di whoshy@yahoo.com


Sama-samalah kita beramal di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. Sekian, terima kasih.

Majlis Berbuka Puasa MARES!!!!

Asalamualaikum kepada rakan-rakan dan penjual penjual flea market.... anda semua di jemput hadir ke majlis berbuka puasa MARES seperti berikut:


Tarikh:29 September 2007
Tempat: Rumah Kelab MARES
Juadah: secara "Pot luck" Macam-macam ada....
Masa: 6pm sampai larut malam.


Bagi mendapatkan penjelasan lanjut rakan-rakan boleh menghubungi saudara Lokman 9W2LRT. Maklumat berkenaan juga boleh di dapati di laman rasmi MARES.


Jangan lupa datang ramai-ramai... Jumpa di sana.

Wednesday, September 12, 2007

Tawaran istimewa sempena bulan ramadan


Tawaran istimewa sempena bulan ramadan

Warna : Navy Blue
Harga Baju : RM 20.00
Saiz : L, XL, XXL, XXXL (Saiz lebih boleh besar kena bgtau)

untuk penghantaran melalui pos anda hanya perlu menambah RM7 sahaja.
Pembayaran juga boleh di lakukan melalui bank transfer ke nombor akaun berikut:
No acct Maybank : 164052290111 (Wan Mohd Fadzil)

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai t-shirt tersebut anda boleh menghubungi saudara Fadzil 9W2WF di no. tel. 013-6283407 atau email beliau di wmfadzil@mailcity.com

Potongan harga 10% bagi pembeli yang membeli 2 t-shirt ke atas.

Gambar sekitar flea market 9 September 2007....









terima kasih kepada rakan rakan radio amatur yang sudi hadir pada hari tersebut.... jumpa di flea market yang akan datang....

Untuk melihat gambar flea market 9 september yang selebihnya anda boleh melihat di laman album 9w2alz di Sini

Friday, September 7, 2007

Flea market bermula lewat........

Asalamualaikum..dan salam sejahtera.... pada 9 September 2007 Flea Market akan bermula lewat sedikit dari biasa. Ini kerana pada hari tersebut terdapat jogathon di mana mares telah di minta untuk memberi bantuan komunikasi semasa aktiviti tersebut dijalankan. Flea Market akan bermula pada pukul 11 pagi. Sebarang pertanyaan mengenai aktiviti tersebut anda boleh menghubungi saudara fahroe 9W2BBS di 012 - 235 3769. Sekian di maklumkan tq.

Wednesday, August 8, 2007

Balun 1:1





Harga RM30 sahaja. HF Diapole antenna Balun 1:1. Jika berminat sila hadir ke Amateur Radio Flea Market bulan setember. Jumpa di sana!!!

Donation for Duplexer....

Kepada mereka yang ingin menderma untuk tabung Duplexer 9M4RES, mereka boleh berbuat demikian dengan menderma ke akaun di bawah:

Nama : Abd. Rashid Sultan
Maybank Account : 0142 5310 1180
Email : klzbd(at)yahoo. com


atau datang ke kelab MARES.


Sumbangan anda sangat bermakna.

Tuesday, August 7, 2007

Berminat?.....




Jika berminat dengan alatan di atas anda boleh hubungi Dr. Kamil 9M2/v8BDI atau datang pada Amateur Radio Flea Market yang akan datang pada bulan hadapan.

Sekitar Flea Market 5 Ogos 2007 yang lepas....










Terima kasih kepada 9W2LRT kerana menyumbangkan gambar di atas.

Wednesday, August 1, 2007

Cuaca

Bagi rakan rakan yang akan berniaga pada 5 Ogos ini dinasihatkan membawa payung. Ini kerana keadaan cuaca kebelakangan ini yang tidak menentu.Pihak penganjur tidak akan menyediakan payung kepada para peniaga. Sekian, terima kasih.

NPE di tutup pada 5 Ogos.

Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan yang datang awal dan menggunakan lebuhraya NPE untuk ke pasar lambak radio supaya menggunakan laluan lain . Ini kerana pada hari tersebut lebuhraya NPE ditutup bersempena dengan aktiviti larian "king of the road". Lebuhraya akan ditutup dari pukul 5 pagi sehingga 10 pagi. Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila lawati laman web NPE di http://www.npe.com.my. Sekian, terima kasih.

Thursday, July 26, 2007

Gambar sekitar Flea Market yang pertama 1 Julai 2007














Gambar-gambar sekitar amateur radio flea market yang pertama. Sila klik di sini untuk melihat keseluruhan gambar flea market yang pertama atau layari galeri di website MARES di bahagian MARES Club Activities.

Tuesday, July 24, 2007

T-Shirt Istimewa Radio Amatur di Flea Market


T-Shirt : Round Neck
Warna : Navy Blue
Harga : Rm 20.00 Shj

Untuk Tempahan dan pertanyaan sila hubungi: Fadzil(9W2WF) h/p : 013-628 3407
Atau Datang ke kelab MARES hari Sabtu dan Ahad

Tuesday, July 17, 2007

ham flea market blog officially open

AJK Amateur radio flea market dengan ini mengumumkan secara rasminya blog ini di di buka....!!!!