Tuesday, November 22, 2011

Amateur Radio Fleamarket Bulan Disember 2011

Amateur Radio Fleamarket @ Kelab MARES akan diadakan pada:

Tarikh: 4hb Disember 2011
Masa : 0900 am to 1500pm
Hari : Ahad(Sunday)
Tempat: Kelab MARES(Bersebelahan Rumah Datuk Bandar PJ).

Segala pertanyaan boleh hubungi Mutalib 9M2SQL 017-6391632, Fadzil 9W2WF 013-6283407 atau 9M2RZL 019-5657362. Datang beramai-ramai untuk membeli peralatan radio di Fleamarket radio amateur di kelab MARES Petaling Jaya, Selangor.

Majlis makan-makan akan diadakan di gerai Wavecommunication. Datang beramai-ramai ke Fleamarket Radio Amateur 4hb Disember 2011.


Thursday, November 3, 2011

Globalset 12hb November 2011 Dan Amateur Radio Fleamarket di adakan pada 13hb November 2011



Amateur Radio Fleamarket @ Kelab MARES akan diadakan pada:


Tarikh: 13hb November 2011
Masa : 0900 am to 1500pm
Hari : Ahad(Sunday)
Tempat: Kelab MARES(Bersebelahan Rumah Datuk Bandar PJ)


Segala pertanyaan boleh hubungi Mutalib 9M2SQL 017-6391632, Fadzil 9W2WF 013-6283407 atau 9M2RZL 019-5657362. Datang beramai-ramai untuk membeli peralatan radio di Fleamarket radio amateur di kelab MARES Petaling Jaya, Selangor.



Globalset Dan Taklimat Persediaan Menghadapi Banjir Pada 12hb November 2011


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,


MARES menjemput semua ahli MARES - pemegang lesen dan SWL - yang berminat untuk turut serta di dalam operasi komunikasi kecemasan andainya MARES digerakkan apabila berlakunya bencana banjir, dan juga sebarang situasi kecemasan yang memerlukan. Majlis Keselamatan Negara telah meminta MARES untuk turut serta bersama MKN di dalam menangani bencana banjir.


Seperti yang dilaporkan di media, bencana banjir di Bangkok kian serius dan negeri-negeri di utara semenanjung juga telah diletakkan di dalam keadaan berjaga-jaga. Berikutan itu, MARES menjemput anda sekelian yang berminat ke sesi taklimat pada 12 November jam 10 pagi di Rumah Kelab MARES, No 4A Jalan Tinggi 6/12, Seksyen 6 Petaling Jaya.


Agenda:


1. Taklimat Persiapan dan Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana Banjir oleh 9M2AU

2. Mengemaskini data Emergency Response

3. Pembahagian tugas

4. Penyenaraian aset

5. Taklimat GlobalSET - MySET


Pada hari yang sama MARES akan turut serta di dalam aktiviti GlobalSET pada jam 1 tengahari. Anda boleh turut menyertai dan belajar bagaimana untuk bertindak di dalam mengendalikan komunikasi kecemasan.


Sekian, harap maklum.

Terima kasih.

73 de 9W2FD