Tuesday, October 30, 2007

Next Flea Market 2 Disember 2007...!!!

Kepada semua warga radio amatur pasar lambak yang akan datang adalah pada 2hb Disember 2007 iaitu pada hari Ahad minggu pertama bulan Disember ini. Pasar lambak radio amatur ini akan diadakan seperti biasa bertempat di tapak badminton kelab MARES. Semua rakan-rakan warga radio amatur dan juga orang awam adalah dijemput hadir ke pasar lambak tersebut.



Kepada rakan-rakan yang berminat untuk menjual pada flea market tersebut silalah menelefon saudara Fadil 9W2WF 013-6283407. Untuk pertanyaan boleh juga email di hamfleamarket@gmail.com .Sama sama kita memeriahkannya..... Macam-Macam ada .... klu tak percaya datang la nanti.... jumpa di sana....!!!