Wednesday, August 18, 2010

MARES akan mengajurkan Majlis berbuka puasa 21 Ogos 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Sempena Bulan Ramadhan al Mubarak yang mulia ini, MARES akan menganjurkan satu majlis berbuka puasa, bagi semua rakan-rakan radio amatur di kawasan Lembah Kelang dan sekitarnya. Majlis ini akan diadakan secara "pot luck".

Digalakkan agar warga MARES dan rakan-rakan radio amatur yang hadir dapat memberikan sedikit sumbangan bagi menjayakan majlis ini.

Lokasi: Rumah Kelab MARES Petaling Jaya
Tarikh: 21 Ogos 2010
Masa: 2:30PM - lewat malam.

Aturcara majlis
2.30 PM - Persediaan dan pembersihan rumah kelab
5:00 PM - Ketibaan dan persediaan ( Pot Luck)
7:15 PM - Berbuka Puasa dan Solat Maghrib
7:45 PM - Jamuan
8:30 PM - Solat Isya' dan Tarawikh
10:00 PM - Jamuan ringan dan seisi terbuka
10:30 PM - Bersurai

Rakan-rakan ham yang ingin menyertai acara ini, jika anda ingin membawa makanan, sila hubungi saudara Izad 9W2RI di talian +60 177338676 atau 9w2ri@mares.org.my
untuk pengesahan. Diharap semua warga MARES dan rakan-rakan radio amatur, dapat menghadirkan diri ke majlis ini. Semoga kita dapat mendapat berkat dari acara yang dijalankan ini. Jumpa di rumah kelab pada tarikh diatas.
73 de MARES

Thursday, August 12, 2010

Pengumuman Fleamarket di Kelab MARES

Amateur Radio Fleamarket pada bulan September ditangguhkan kerana Bulan puasa. Fleamarket akan datang pada bulan Oktober 2010

*Segala pertanyaan boleh menghubungi Mutalib(9M2SQL) di no 017-639 1632 atau Fadzil(9W2WF) di no 013-628 3407. Selamat Berpuasa.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

TEAM FLEAMARKET MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1431H.


Kepada seluruh warga radio amator selamat berpuasa semoga segala amal ibadat mendapat rahmat dan diberkati oleh Allah S.W.T....amin.